Sultan Ibrahim cadang lockdown bersasar dilaksanakan segera

0
248
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

CYBERJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah dengan mencadangkan kepada kerajaan agar melaksanakan segera ‘lockdown’ atau perintah berkurung penuh secara bersasar mengikut sempadan negeri susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.

Baginda bertitah, langkah itu mampu menangani jumlah kes Covid-19 di negeri-negeri tanpa menghentikan kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya.

“Saya mencadangkan lockdown penuh secara bersasar mengikut negeri ataupun rantau.

“Contohnya, zon selatan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ‘full lockdown’ selama dua minggu, diikuti zon lain seperti di pantai timur (Pahang, Terengganu, Kelantan).

“Negeri yang tidak lockdown boleh meneruskan kegiatan ekonomi di bawah peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kawasan masing-masing.

“Dengan ini, kita menangani bilangan kes tanpa menutup kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).

Dalam pada itu, baginda berharap buah fikiran akan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

“Sudah tidak terkata lagi kebimbangan dan ketakutan tentang situasi Covid-19 di negara kita. Saya mencadangkan perkara ini atas keprihatinan kepada nasib yang menimpa negara kita.

“Saya harap ia akan dipertimbangkan sebaiknya oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” titah baginda.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here