Suntikan vaksin bukan bermakna anda ‘kebal’ daripada Covid-19

0
62
Gambar Hiasan

PARIT BUNTAR – Suntikan vaksin kepada mana-mana individu termasuk petugas barisan hadapan bukan satu jaminan mereka ‘kebal’ dan tidak dijangkiti virus Covis-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, vaksin bukanlah ubat, sebaliknya berperanan untuk kuatkan antibodi atau daya tahan tubuh manusia.

Dr. Noor Azmi berkata, adalah tidak benar sekiranya mana-mana pihak beranggapan bahawa pengambilan vaksin adalah sebagai ubat.

“Vaksin bukanlah ‘freedom passport’, sebaliknya bertindak untuk menguatkan tahap antibodi dan daya ketahanan badan manusia.

“Bagi kes membabitkan lebih 1,000 petugas barisan hadapan yang dikatakan dijangkiti virus ini biarpun sudah mendapatkan dua dos suntikan, itu sebenarnya bergantung pada cara penjagaan prosedur operasi standard (SOP) yang mereka amalkan.

“Mungkin mereka menjaga ketat tahap kepatuhan SOP di tempat kerja, tetapi ia berlaku apabila mereka berada di luar atau ketika pulang ke rumah. 

“Justeru kita perlu meningkatkan lagi tahap kepatuhan SOP, termasuk menyahut saranan kerajaan untuk mengamalkan kawalan kendiri (self lockdown),” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Taman Kerian Permai hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here