Tefal Malaysia sumbang RM100,000 bantu golongan terjejas akibat Covid-19

0
76
Tefal Malaysia bekerjasama AEON dan PBSM untuk menjayakan usaha ini

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan nasib golongan yang terkesan akibat wabak Covid-19, peneraju utama jenama peralatan dapur dan kelengkapan rumah, Tefal Malaysia menyumbang wang tunai dan produk bernilai RM100,000 sebagai tanda sokongan.

Pengurus Negara Groupe SEB Malaysia Sdn Bhd, Jack Wong berkata, sumbangan itu diberikan sebagai tanda sokongan dan pemulihan kepada komuniti yang terkesan akibat krisis Covid-19.

Beliau berkata, bagi menjayakan usaha itu pihaknya juga bekerjasama dengan syarikat AEON Co. (M) Berhad dan AEON BIG (M) Sdn Bhd, serta rakan kongsi iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

“Untuk itu, dengan setiap pembelian produk Tefal di AEON dan AEON BIG di seluruh negara dari 1 April sehingga 31 Mei ini, sebanyak RM1 akan disalurkan kepada PBSM.

“PBSM akan membantu menguruskan kutipan yang diterima daripada kempen ini dan menyalurkannya kepada golongan yang kurang bernasib baik atau kepada mereka yang
terjejas akibat pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dengan setiap RM1 yang
disumbangkan itu membolehkan pihaknya untuk menyumbang sehingga RM100,000 berupa wang tunai dan produk Tefal kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Dalam pada itu, beliau juga menzahirkan penghargaan dengan sokongan syarikat AEON dan AEON BIG dalam menjayakan usaha itu.

Katanya, bantuan syarikat berkenaan amat diperlukan untuk mengharungi krisis tersebut serta memberi bantuan kepada golongan yang terkesan teruk akibat pandemik.

“Kami berjanji untuk memberikan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan inisiatif ini untuk terus memberikan sokongan kepada komuniti yang terkesan sepanjang pandemik ini, dan seterusnya membawa impak berterusan kepada komuniti tempat tinggal rakan kongsi, rakan sekerja serta para pelanggan kami.

“Kita perlu melihat kepada keadaan komuniti yang terkesan ini yang berubah dari semasa ke semasa. Strategi yang mapan amat diperlukan untuk menjayakan pemulihan serta membantu golongan yang memerlukan dalam menjalani kehidupan seharian.

“Kami juga akan mempertimbangan inisiatif lain untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here