Tempahan AstraZeneca 2.0 dibuka 23 Mei ini

0
74
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Tempahan untuk vaksin AstraZeneca 2.0 akan mula dibuka pada 23 Mei ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tempahan itu hanya dibuka untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan menetap di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak serta Johor.

“Tempahan tersebut boleh dibuat menerusi laman web dan klinik komuniti berhampiran. Vaksin ini juga akan dihantar kepada warga emas di rumah penjangaan,”  katanya dalam ciapan menerusi laman Twitter miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya juga akan memberi keutamaan kepada senarai yang mendaftar dalam tempahan pertama vaksin berkenaan baru-baru ini.

Sementara itu, menerusi ciapan dalam laman Twitter Vaksin Covid-19 JKJAVMY, mereka yang berumur 18 tahun ke atas boleh membuat tempahan itu bermula 26 Mei ini.

Pada 2 Mei lalu, kerajaan membuka tempahan pertama vaksin AstraZeneca untuk orang ramai.

Tempahan itu boleh dibuat melalui laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di pautan www.vaksincovid.gov.my.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here