Terkini: 6 parah, 15 separa parah dan 43 tidak kritikal

0
93
Mangsa dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya bertembung di Stesen LRT KLCC hari ini. Gambar: Farid Janudin

KUALA LUMPUR- Sebanyak enam mangsa insiden pelanggaran dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) cedera parah dengan tiga daripadanya diberikan alat bantuan pernafasan.

Perkembangan semasa tersebut dikongsikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui satu ciapan di laman twitternya pada awal pagi ini.

Annuar berkata, sebanyak 64 daripada 213 penumpang yang terlibat dalam insiden pelanggaran LRT berhampiran stesen Kampung Baru itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Sebanyak enam mangsa mengalami kecederaan parah dengan tiga daripadanya diberikan alat bantuan pernafasan.

“Sementara 15 lagi mangsa mengalami kecederaan separa parah manakala 43 lagi tidak kritikal,” katanya dalam ciapan di laman Twitternya.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kecemasan HKL yang bertungkus-lumus merawat mangsa yang cedera sehingga jam 1.38 pagi tadi.

Terdahulu, dua buah tren LRT terbabit kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru dengan salah satu yang terlibat membawa 213 penumpang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here