Terputus bekalan makanan atau tiada makanan langsung, anda boleh datang ke Malakat Grocer

0
1291
Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim (tengah) bergambar di hadapan pintu masuk Malakat Grocer Alam Damai ketika majlis perasmian pada bulan lalu.

CYBERJAYA – Mana-mana keluarga atau inidividu yang terkesan dan terputus bekalan makanan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 boleh menarik nafas lega.

Ini kerana Kumpulan Malakat menawarkan bantuan dengan individu keluarga yang terputus bekalan makanan atau tiada makanan langsung boleh datang secara terus ke Malakat Grocer.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, golongan berkenaan hanya perlu datang ke kaunter Malakat Grocer dan maklumkan keadaan semasa dan apa yang diperlukan.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim

“Keluarga yang terputus bekalan makanan dan tiada makanan langsung sila datang ke mana-mana cawangan Malakat Grocer, kita ada lapan cawangan dan hanya perlu datang ke kaunter sahaja.

“Hanya maklumkan kepada staff di kaunter ‘saya tiada makanan dan saya perlukan makanan asas’…Kita akan bagi kerana kita ada dana yang kita kumpul melalui Program Zero Hunger.

“Jika ada kawan-kawan, jiran atau sesiapa sahaja yang terputus bekalan makanan boleh sampaikan perkara ini, Insya-Allah kita akan bagi bantuan makanan mengikut keperluan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Malakat Grocer
Malakat Grocer

Mengulas mengenai Program Zero Hunger, Mohd. Fadzil berkata, program berkenaan telah digerakkan Kumpulan Malakat dan Yayasan Brainy Bunch sejak PKP yang pertama tahun lalu.

“Tahun lalu semasa PKP yang pertama, Kumpulan Malakat antara yang terawal menggerakkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan terutama dari golongan B40 yang terputus bekalan makanan.

Makanan yang siap di masak diagihkan oleh Malakat Food Sdn Bhd semalam

“Kali ini kita ambil mood Syawal dan dengan kerjasama Malakat Food Sdn Bhd, kita telah menggerakkan usaha menyampaikan sumbangan makanan yang sudah dimasak kepada golongan memerlukan,”  katanya.

Menurut Mohd. Fadzil, pihaknya menyalurkan sebanyak 2,000 bungkusan makanan yang siap dimasak sehari ke kawasan-kawasan asnaf dan fakir miskin yang rata-ratanya terjejas akibat PKP.

“Kita juga menjalinkan kerjasama dengan masjid-masjid untuk mengenalpasti mereka yang memerlukan,” katanya.

Sukarelawan menyusun barangan keperluan sumbangan yang dianjurkan oleh Zero Hunger, Yayasan Brainy Bunch dan Malakat Mall di Puchong Perdana.

Program Zero Hunger berjaya menghimpun dana hasil sumbangan menerusi platform Sadaqah Market iaitu platform alternatif untuk anda bersedekah dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here