Tiada gempa bumi di Gua Musang-MetMalaysia

0
75
Bandar Gua Musang

CYBERJAYA – Tiada kejadian gempa bumi berlaku di Gua Musang, Kelantan semalam.

Perkara itu disahkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata, mesej yang tular mengenai perkara itu tidak benar.

Katanya, mesej tular itu sebenarnya berkaitan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Indonesia.

“Mesej tular itu tersebar melalui sebuah laman sesawang agensi luar negara memaparkan maklumat gempa tersebut terjadi di Gua Musang, Kelantan, 59 kilometer timur laut Ipoh, Perak, bermagnitud 5.1 pada skala Richter pukul 9.38 malam semalam..

“Pihak MetMalaysia menafikan dakwaan itu, sebenarnya gempa tersebut berlaku di Utara Sumatera Indonesia dengan magnitud 4.6 skala Richter pukul 9.38 malam semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang info atau video berkenaan kejadian gempa atau tsunami.

“Sila dapatkan maklumat gempa atau tsunami terkini melalui laman web MetMalaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau hotline di talian 1-300-22-1638, ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here