Tiada kompaun RM30,000 kerana langgar SOP Aidilfitri

0
262
Gambar tular yang mendakwa tuan rumah dikompaun RM25,000 dan tetamu RM5,000 semalam

SEREMBAN – Polis menafikan pihaknya mengenakan kompaun RM30,000 untuk kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sambutan Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, tiada kompaun dikenakan, sebaliknya pihak polis hanya melakukan tinjauan pematuhan SOP sahaja.

Mohd. Fazley berkata, gambar yang tular itu sebenarnya ialah pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya pertama Aidilfitri di kawasan perumahan di Nilai Impian, Nilai.

“Gambar itu telah disalah tafsir sebagai tindakan kompaun. Kejadian sebenar adalah polis melakukan tinjauan bersama dengan pihak media untuk melihat kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Aidilfitri di kawasan berkenaan.

“Dalam tinjauan itu, kami mendapati kadar pematuhan penduduk di kawasan perumahan berkenaan berada pada tahap tinggi dan tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Semalam, gambar memaparkan anggota polis di kawasan perumahan berkenaan tuklar di laman-laman sosial dan ada pengguna memuat naik status ‘Area Rumah Aku Nilai Impian. Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K.

Sehubungan itu, Mohd. Fazley menasihatkan orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here