Tiada moratorium untuk PKP 3.0

0
118
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Moratorium menyeluruh secara automatik tidak akan dilaksanakan semula meskipun kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Perkara itu dimaklumkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2021 secara maya hari ini.

Menurut Nor Shamsiah, bagi membantu peminjam, bank akan terus menawarkan bantuan bayaran balik kepada pelanggan yang memerlukan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan terkini itu.

“Dengan bank sudah tersedia dengan bantuan pembayaran balik termasuk moratorium bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan terjejas.

“Peminjam boleh menghubungi pelbagai saluran lain yang telah diwujudkan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan BNM Telelink untuk menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam pengumuman tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here