Tiada perkhidmatan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi sepanjang PKPD

0
58

Gambar Hiasan

ALOR SETAR – Tiada perkhidmatan feri bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kota Setar bermula esok hingga 1 Jun depan.

Jabatan Laut dalam satu kenyataan berkata, penutupan Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah itu selaras dengan larangan semua jenis pergerakan keluar dan masuk ke kawasan PKPD.

“Justeru, Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah di bawah seliaan Jabatan Laut akan ditutup dan tiada perkhidmatan feri Kuala Kedah-Langkawi sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Bagaimanapun katanya, perkhidmatan kargo di antara Kuala Kedah-Pulau Langkawi masih diteruskan.

“Perkhidmatan perlu mod pengangkutan laut masih mempunyai alternatif menggunakan feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis yang tidak termasuk sebagai lokaliti PKPD,” ujarnya.

Katanya, kerjasama antara Jabatan Laut dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan polis sentiasa dikemas kini dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard sepanjang perjalanan dan keselamatan penumpang terkawal dan terjaga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here