Tidak cukup dengan pembunuhan, Israel kini persendakan Al-Quran

0
1548
Dr. yasir Qadhi

TEL AVIV – Tidak cukup dengan pembunuhan rakyat Palestin, Israel bertindak semakin melampau dengan menggunakan petikan ayat Al-Quran sebagai ejekan kepada umat Islam.

Tindakan yang secara terang-terangan mahu membangkitkan kemarahan umat Islam itu didedahkan oleh ulama terkenal Dr. yasir Qadhi.

“Akaun Twitter rasmi Arab Israel baru sahaja berkongsi ayat daripada surah Al-Fil dengan gambar pengeboman penempatan Palestin di Gaza,” katanya.

Ulama itu mengakhiri ucapannya dengan mengatakan bahawa beliau benar-benar terkejut dan tidak menyangka akaun rasmi sanggup bertindak ke tahap yang sedemikian.

“Ini adalah ejekan ke atas al-Quran dan kehidupan manusia. Serendah mana lagi kamu (Israel) boleh pergi,” ujar beliau

Bagi umat Islam, penggunaan ayat yang mengisahkan balasan Allah terhadap tentera bergajah Abrahah yang cuba meruntuhkan Kaabah itu secara jelas bertujuan mencabar kekuasaan Allah.

Pemilihan ayat itu juga disifatkan sebagai bukti jelas betapa angkuh dan sombongnya rejim Zionis dalam penindasannya dan kemahuan mereka menguasai Masjid Al-Aqsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here