Tiga lelaki terlibat aktiviti pengubahan wang haram dihadapkan ke mahkamah

0
139

LONDON – Tiga lelaki dihadapkan ke mahkamah hari ini berikutan penemuan wang tunai berjumlah £5.4 juta (RM31.67 juta) dalam beberapa siri serbuan di kota London, beberapa bulan lepas.

Menurut Sky News, wang tunai itu ditemukan di beberapa lokasi berbalut dalam beg plastik di bawah katil, dan juga bertaburan di lantai.

Menurut jurucakap polis, wang tersebut dimiliki Sergejs Auzins yang berfungsi sebagai pengubah wang haram milik kumpulan gelap.

Selain Auzins, turut ditahan dalam siri operasi tersebut adalah Ruslan Shamsutdinov dan Serwan Ahmadi.

Kata polis lagi, pandemik Covid-19 menyebabkan kegiatan mengubah wang haram ‘tidak dapat dilakukan dengan efisien’ hinggakan kumpulan tersebut tidak dapat berbuat apa dengan jumlah tersebut.

Penemuan ini merupakan salah satu daripada operasi polis dalam mengesan aliran wang haram yang berasal dari kegiatan penjualan senjata api dan dadah di kota London.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here