Total Lockdown: Kerajaan akan perincikan bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi

0
190
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan susulan kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial atau total lockdown.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan, pengumuman pakej bantuan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Yang terbaik ialah duduk di rumah atau ‘Stay At Home’ untuk bersama-sama melandaikan jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Dalam kenyataan yang sama, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun.

Perkara itu diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri petang tadi.

Sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi atau perkhidmatan yang perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here