Tren LRT terlibat dalam kemalangan berjaya di keluarkan dari lokasi

0
72
Kakitangan Prasarana bertungkus lumus untuk mengeluarkan tren LRT yang terlibat dalam kemalangan Isnin lalu

CYBERJAYA – Selepas bekerja selama tiga hari tanpa henti, kedua-dua tren yang terlibat dalam pertembungan Isnin lalu berjaya dibawa keluar daripada lokasi kemalangan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pihaknya mendapat laporan daripada Team Recovery Rapid Rail pada jam 5.24 pagi tadi bahawa kedua-dua tren yang terlibat dalam kemalangan telah berjaya dibawa keluar lebih awal dari tempoh 3 hari yang dijanjikan.

Beliau berkata, tren TR40 telah selamat sampai ke Subang depoh pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula telah sampai di Gombak tail track pada jam 4.51 pagi.

“Pihak Prasarana akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan track dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC.

“Akan tetapi, Team Recovery terpaksa menutup pembekalan kuasa untuk seluruh stretch yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai yang mana ianya melibatkan lima buah stesen LRT sepanjang stretch akibat daripada situasi itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kakitangan Prasarana bertungkus lumus untuk mengeluarkan tren LRT yang terlibat dalam kemalangan Isnin lalu

Ka Siong berkata, lima buah stesen LRT yang terlibat ialah Damai, KLCC, Ampang Park, Kampung Baru dan Dang Wangi.

Katanya, sebaik saja kerja pembaikan stretch berkenaan selesai, pemeriksaan akan dibuat oleh pihak APAD untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan tersebut.

“Untuk pengoperasian LRT pada hari ini, memandangkan kesan “power down” dan juga masih terdapat satu landasan yang ditutup selepas kejadian, maka terdapat “bottleneck” kerana hanya beroperasi dengan satu landasan dari Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni dengan tujuh buah stesen LRT.

Kakitangan Prasarana bertungkus lumus untuk mengeluarkan tren LRT yang terlibat dalam kemalangan Isnin lalu

“Masa yang diambil untuk sesebuah tren melalui stretch berkenaan adalah 16 minit. Akan tetapi, kaedah “platoon” akan digunakan bagi dua tren memasuki landasan ke arah yang sama untuk mengurangkan kesan bottleneck,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan semua 58 tren LRT untuk Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi.

“Saya memberi jaminan bahawa pihak Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan pada hari ini agar perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Apabila landasan siap diperbaiki, tiada lagi kesan bottleneck dan perkhidmatan LRT akan beroperasi pada tahap 50 peratus kapasiti seperti yang disyaratkan sepanjang PKP3.0 dengan SOP diperketatkan sehingga 7 Jun ini tanpa mengurangkan frekuensinya,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here