Tunjuk jarum kepada penerima vaksin jadi SOP baharu

0
140
Datuk Seri Dr. Adham Baba

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan pengendali suntikan vaksin di semua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca menunjukkan jarum kepada penerima sebelum dan selepas suntikan.

Penetapan Prosedur Operasi Standard baharu itu adalah bagi meningkatkan kualiti pengendalian vaksin yang baru-baru ini didakwa diberikan pada kadar kurang daripada dos sepatutnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata, pihaknya memandang serius dakwaan yang dikatakan berlaku di PPV World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), yang mula tular di media sosial bermula sejak minggu lalu.

Beliau berkata, KKM dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sedang membuat siasatan lanjut mengenai perkara itu.

“Penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin, sebelum melakukan suntikan.

“Mereka juga perlu menunjukkan jarum suntikan yang dikosongkan kepada penerima vaksin selepas suntikan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Dr. Adham berkata, penambahbaikan dalam SOP pemberian vaksin itu akan diperluaskan ke semua PPV lain manakala pemantauan rapi terutamanya di PPV akan dipertingkatkan bagi memastikan SOP itu dipatuhi sepenuhnya.

Beliau berkata, KKM akan sentiasa memastikan Program Pemberian Vaksin AstraZeneca dilaksanakan dengan jaya dan selamat untuk penduduk Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sedang menyiasat secara terperinci dakwaan pemberian dos vaksin AstraZeneca terkurang sebanyak 0.5 mililiter (ml) di WTCKL.

Baru-baru ini tular pendedahan mengatakan suntikan vaksin AstraZeneca yang diterima di PPV Putra World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) kurang daripada kadar sepatutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here