Ular sawa ‘gergasi’ yang dijumpai semalam dilepaskan semula ke dalam hutan

0
1880
Anggota APM menangkap ular gergasi yang ditemui di sebuah tapak solar di Pahang semalam

KUANTAN – Seekor ular sawa batik ‘gergasi’ yang ditemui oleh pekerja tapak solar di Kuala Pahang, di sini, semalam telah dilepaskan semula di sebuah kawasan hutan di sekitar daerah Pekan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pekan, Kapten (PA) Azam Shah Apearal berkata, ular sawa seberat 150 kilogram sepanjang kira-kira enam meter itu dilepaskan pada pukul 12 tengah hari semalam.

Azam Shah berkata, reptilia itu dilepaskan bagi memastikan reptilia terbabit tidak mengalami tekanan atau mati.

“Kami lepaskan ular sawa batik ini di lokasi yang sesuai dan jauh daripada ancaman manusia,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Semalam tular beberapa keping gambar seekor ular sawa gergasi yang ditemui di sini oleh pekerja tapak solar.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tangkapan itu, Azam Shah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.20 pagi.

Ular sawa batik ini seberat 150 kilogram dan sepanjang kira-kira enam meter

Katanya, seramai enam anggota APM bergegas ke tempat kejadian dalam operasi menangkap reptilia terbabit.

“Ketika tiba di tempat kejadian, reptilia terbabit ditemui di dalam parit kawasan tapak solar. Pihak kami mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menangkap dan mengeluarkan ular terbabit dari parit.

“Disebabkan sangkar yang dibawa tidak dapat memuatkan ular sawa batik seberat 150 kilogram itu, kami meminta bantuan sebuah lori dari tapak solar untuk menghantar reptilia itu ke pejabat APM Pekan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here