‘Umat Islam digesa pulau produk hina Islam’ – Nasarudin

0
4941
Produk minuman seorang usahawan yang dikaitkan dengan ajaran sesat Si Hulk

CYBERJAYA – Umat Islam digesa untuk memulaukan mana-mana produk yang dipromosikan melalui cara menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW seperti yang dilakukan oleh pengusaha produk komestik dan air minuman kesihatan yang tular baru-baru ini.

Yang Dipertua Yayasan Dakawah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, perlecehan terhadap agama Islam seperti yang dilakukan itu tidak boleh dibiar berlarutan sehingga menjadi contoh pada pihak lain.

Malah, beliau turut menggesa supaya tindakan undang-undang diambil supaya tiada lagi pihak yang berani mempersenda agama Islam.

“Sebahagiannya menjadikan penghinaan terhadap Islam adalah untuk menarik perhatian,
menaikkan rating berita serta melariskan produk mereka.

“Tindakan demikian sangat tidak bermoral dan bermaruah. Malah selayaknya umat Islam
memulaukan mana-mana produk yang dipromosikan melalui cara menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu video dalam media sosial yang menunjukkan seorang pengusaha produk kosmetik dengan bangganya mendakwa tidak suka solat dan bacaan Yasin.

Tangkap layar video seorang pengusaha produk kosmetik menghina Islam

Selain itu, tular juga satu video ajaran sesat yang oleh diasaskan oleh Suhaini Bin Mohammad atau lebih dikenali sebagai Suhai Ibni Mohammad dan Si Hulk.

Menerusi video yang tular itu, lelaki tersebut mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai kemaluan malah mendakwa mampu mengurung jin dalam botol air Si Hulk keluarannya dengan membaca beberapa ayat.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, perlakuan menghina dan mempersenda amalan-amalan Islam adalah tidak selayaknya keluar dari mulut seorang yang mengaku sebagai muslim atau muslimah.

Bahkan, katanya, tindakan itu turut bercanggah dengan undang-undang negara.

Sehubungan itu, katanya, Yadim bersedia untuk berdiskusi dengan mereka bagi meluruskan kefahaman mengenai Islam agama suci yang dianuti.

Sementara itu, beliau turut menyeru umat Islam amnya dan alim ulama khasnya agar melipatganda usaha dakwah untuk mengajak umat manusia kembali kepada agama Allah SWT.

Nasrudin Hassan

“Kejahilan mesti dibasmi. Rancangan dan semua saluran media seperti elektronik, cetak mahupun internet perlu membimbing serta membentuk pemikiran dan kefahaman Islam yang benar dan perlu dilakukan dengan lebih serius.

“Konsep Al Amru Bil Makruf dan An Nahyu ‘Anil Mungkar perlu diaplikasikan dalam setiap sendi dan agensi kerajaan bahkan juga rakyat bagi melahirkan sebuah negara Baldatun Toyyibah Wa Rabbun Ghafur,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here