Umat Islam sambut Aidilfitri Khamis ini

0
30
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

CYBERJAYA – Umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, dalam siaran langsung sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Khamis, 13 Mei 2021,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here