Ustaz Ebit Lew, rombongan selamat tiba di Mesir untuk misi kemanusiaan

0
96
Ustaz Ebit Lew disambut pegawai kanan di Kedutaan Besar Malaysia di Mesir sebaik tiba di sana

CYBERJAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew bersama delegasinya selamat tiba ke Mesir untuk menjalankan misi kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Dalam perkongsian di laman Facebook miliknya sebentar tadi, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit disambut oleh pegawai kanan di Kedutaan Malaysia di Mesir dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) United Kingdom (UK) terkenal yang membantu Gaza.

“Syukur pada Allah sebaik sampai ke Mesir disambut baik oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan NGO UK terkenal yang membantu Gaza.

“Saya akan menguruskan dan membeli barang perubatan dan segala keperluan yang akan di hantar terus ke Gaza hari ini. Perlu melalui prosesnya di Mesir untuk melalui sempadan Rafah satu-satunya laluan terus ke Gaza,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh kedutaan Malaysia disini.

Kemusnahan yang berlaku di Gaza selepas di serang rejim Zionis

Katanya, mereka sangat membantu dalam memudahkan urusan rombongannya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatannya dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Wisma Putra yang menyokong dan mempermudahkan semuanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here