Ustaz Ebit Lew terima kejutan di akhir-akhir Ramadan

0
1616
Ustaz Ebit Lew bergambar dengan dua kenderaan Hilux yang dihadiahkan kepadanya

CYBERJAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew diberikan kejutan di akhir-akhir Ramadan apabila dihadiahkan dua kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux sebentar tadi.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew berkata, hadiah istimewa itu diberikan untuk memudahkan kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya.

“Sebak syukur rasa Allah beri rezeki tak disangka-sangka di tengah malam selepas solat tarawih. Selalu beri hadiah pada orang lain, tiba-tiba sejuk berkat Ramadan waktu malam ni.

“Nur sakinah dan beberapa sahabat sukarelawan daripada Petronas hadiahkan dua Hilux baharu berwarna hitam untuk kegunaan misi kami,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Ustaz Ebit berkata, sebelum ini peserta misi kemanusiaan yang mengikutinya menggunakan kenderaan masing-masing.

Malah, katanya, mereka juga diuji dengan kemalangan, banjir, hujan lebat, jalan licin sehingga perlu memasuki kawasan pedalaman hutan.

“Syukur Allah permudahkan. Doakan ya, banyak kerja lagi sebelum berakhir Ramadan ini.

“Biarlah menjadi Lailatulqadar untuk semua. Kita bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama.

“Semoga Allah berkatkan, selamatkan, dan permudahkan segala misi bantuan ini.Terima kasih pada semua yang bersama saya selama ini.

“Paling utama doa daripada semua. Itulah hadiah paling berharga. Kita bantu seramai mungkin. Biar suara orang miskin dan anak yatim menjadi sangat berharga. Doa mereka menyebabkan pertolongan dan rahmat Allah datang dalam hidup kita,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here