Vaksin Covid-19: CoronaVac kurangkan kadar kematian sehingga 97 peratus

0
379

MONTEVIDEO – Kadar kematian disebabkan Covid-19 dalam kalangan golongan berumur antara 18 hingga 70 tahun menurun sehingga 97 peratus setelah menerima dos penuh vaksin CoronaVac, kata kerajaan Uruguay.

Menurut Xinhua, laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Uruguay turut mendapati, kadar kemasukan ke unit rawatan rapi di hospital turut menurun hingga lebih 95 peratus, manakala kadar risiko jangkitan turun kepada 57 peratus.

Laporan itu dikeluarkan hasil pemantauan terhadap 712,716 penerima vaksin di antara 1 hingga 25 Mac, dan telah menerima dos penuh.

CoronaVac merupakan vaksin yang dihasilkan oleh firma farmseutikal China, Sinovac.

Vaksin itu diberi dalam dua dos, dengan selang masa selama 14 hari di antara dos pertama dan kedua.

Setakat semalam, Uruguay telah merekodkan sebanyak 291,488 kes positif, dengan 4,213 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here