Vaksin Covid-19: Saintis Jerman percaya masalah pembekuan darah boleh diatasi

0
309

BERLIN – Sekumpulan saintis Jerman percaya mereka telah menemukan punca kepada masalah pembekuan darah yang dikaitkan dengan vaksin Covid-19 keluaran firma AstraZeneca dan Johnson & Johnson (J&J) .

Menurut The Guardian, kumpulan itu turut percaya bahawa masalah itu boleh diselesaikan.

Menurut Dr. Rolf Marschalek dari Universiti Goethe di Frankfurt, punca kepada isu pembekuan darah ataupun thrombosis itu adalah adenovirus yang digunakan sebagai medium penyampai dalam vaksin itu.

Untuk rekod, vaksin mRNA yang dihasilkan oleh Pfizer/BioNTech dan Moderna tidak menggunakan sistem penyampaian ini, dan tiada kes pembekuan darah direkodkan dalam kalangan penerimanya.

Menurut laporan Dr. Marschalek dan kumpulannya, adenovirus yang digunakan dalam vaksin berkenaan akan menyuntik DNA ke dalam nukleus sel, bukannya pada bahagian cecair sel.

“Data yang kami ada sekarang membolehkan pengeluar untuk memodifikasi jajaran adenovirus itu,” kata Merschalek.

Beliau menambah, pihak J&J sudah menghubungi kumpulannya bagi mendapatkan penjelasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here