[VIDEO] Dron bunuh diri mula disasarkan ke Israel

0
9766
Tangkap layar sebuah video yang dihasilkan oleh Briged al-Qassam mengenai dron bunuh diri yang mereka miliki.

TEBING GAZA – Serangan pejuang Palestin memasuki dimensi baharu apabila mereka mula menggunakan dron bunuh diri dalam serangan mereka.

Menurut portal QudsnetNews, Briged al-Qassam telah melancarkan dua serangan menggunakan senjata itu bagi menyerang dua lokasi di Israel.

“Salah satu sasaran yang diserang merupakan sebuah pelantar minyak di pesisir utara Gaza.

“Satu lagi lokasi sasaran adalah tempat perkumpulan tentera Israel berhampiran sempadan Gaza,” kata satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh Briged al-Qassam.

Sementara itu, pihak angkatan tentera Israel turut mendedahan satu rakaman video di mana pesawat pejuangnya berjaya memintas salah satu dron tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here