[VIDEO] Malakat Eco jalin kerjasama dengan Yayasan Budi Ihsan laksanakan ibadah korban bagi 2021

0
252
Coach Fadzil (kiri) dan Rosli (kanan) pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara Malakat Mall dan Yayasan Budi Ihsan bagi penganjuran Kempen Ibadah Qurban bagi tahun 2021 di Malakat Mall, Cyberjaya, hari ini. – MALAKAT TRIBUNE

CYBERJAYA – Malakat Eco hari ini mengorak langkah menjalinkan kerjasama bersama Yayasan Budi Ihsan bagi menganjurkan ibadah korban bagi tahun 2021.

Kerjasama ini menyaksikan Malakat Eco, menerusi Malakat Mall selaku pusat beli belah BMF pertama negara, bertindak selaku tuan rumah program mempromosikan ibadah ini, dan turut menjadi pusat setempat pengagihan daging korban sejuk beku.

Malakat Eco jalin kerjasama dengan Yayasan Budi Ihsan laksanakan ibadah korban bagi 2021

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim, kerjasama ini merupakan satu langkah strategik bagi membuka peluang kepada semua umat Islam untuk merancang ibadah korban lebih awal.

“Kita ambil contoh tahun lepas, kerana kurang perancangan akibat tidak menjangkakan (wujudnya) restriction akibat (pelaksanaan) PKP, ramai orammg Islam tidak dapat laksanakan (ibadah) korban.

“Kerjasama strategik ini amat bertepatan dengan masanya dan sesuai untuk kita uar-uarkan kepada semua untuk ambil peluang dan rancang lebih awal,” kata Mohd. Fadzil pada majlis menanda tangani perjanjian kerjasama penganjuran Kempen Ibadah Qurban di dalam negara, di Malakat Mall, Cyberjaya, hari ini.

Mewakili Yayasan Budi Ihsan adalah Pengerusi kepada Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Sr. Rosli Atan.

Kata Mohd. Fadzil yang turut dikenali sebagai Coach Fadzil lagi, keupayaan rangkaian yang dimiliki oleh Malakat Mall terutamanya dalam kalangan jaringan pengikut turut dapat membantu terutamanya dalam proses penyaluran bantuan.

“Kita sudah ada database golongan yang perlukan bantuan.

“Sebagai contoh, pada waktu PKP tahun lepas, kita sudah sampaikan bantuan kepada kira-kira 20 ribu keluarga di seluruh negara,” kata Coach Fadzil yang merujuk kepada program bantuan Zero Hunger.

Sementara itu, kata Rosli, kerjasama ini merupakan satu realisasi kepada usaha menjalankan ibadah korban bersama Malakat Mall.

“Pada tahun lepas, kita terima sebanyak 30 ribu penyertaan, tetapi itu termasuk (penunaian ibadah korban) di luar negara.

“Jumlah penyertaan bagi dalam negara hanya di bawah 5 peratus.Kami harapkan kerjasama ini dapat meningkatkan lagi jumlah penyertaan bagi dalam negara,” kata Rosli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here