[VIDEO] Malakat Food sumbang bakul makanan kepada golongan asnaf

0
127
Hujan lebat tidak mematahkan semangat kakitangan Malakat Food untuk membantu mengagihkan sumbangan bakul makanan di Surau al-Mashitah, Puchong Indah petang tadi. – MALAKAT TRIBUNE

PUCHONG – Hujan lebat petang tadi bukanlah satu pematah semangat buat kumpulan petugas Malakat Food Sdn. Bhd. untuk hadir menyumbangkan tenaga mengagihkan sumbangan bakul makanan buat golongan asnaf di Puchong Indah.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Malakat Food, Aziz Juhari, bantuan kali ini berupa barangan dapur dan juadah berbuka puasa merupakan sebahagian daripada inisatif Kumpulan Malakat bagi membantu golongan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malakat Food sumbang bakul makanan kepada golongan asnaf

“Tiap kali PKP, kami akan lancarkan program Zero Hunger bagi membanbantu golongan B40, asnaf dan anak yatim yang terkesan akibat tempoh tersebut.

“Bagi kali ini, kami memilih kawasan Surau al-Mashitah di Puchong Indah sebagai lokasi penghantaran bekalan,” kata Aziz yang ditemui selepas majlis penyerahan barangan tersebut.

Sebanyak 50 bakul makanan berisi barangan berupa beras, garam, gula, dan beberapa barangan asas lain bernilai RM100 disampaikan kepada Pengerusi surau berkenaan, Kori Ismail.

Menurut Kori, bantuan ini sememangnya amat diperlukan terutamanya bagi golongan asnaf yang menetap di kariah surau berkenaan.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan ini.

“Kawasan ini memang mempunyai ramai asnaf dan sumbangan ini semestinya dapat membantu meringankan beban mereka terutamanya pada waktu hari raya hampir tiba ini,” kata Kori.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here