[VIDEO] PKRC di Melaka mula beroperasi

0
69

MELAKA – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MITC mula beroperasi hari ini dengan pendaftaran seramai 80 pesakit berisiko rendah.

Utusan Online melaporkan, pusat tersebut mula menerima pesakit pada pukul 2 petang tadi.

“Kini Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) negeri sedang menilai seramai 125 pesakit, namun kita jangkakan seramai 40 hingga 80 pesakit ditempatkan hari ini.

PKRC di MITC mula beroperasi hari ini
Video twitter/AmzarSani

“Baki pesakit lain pula ditempatkan di Hospital Melaka,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman kepada pemberita pada sidang akhbar di PKRC MITC, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mengikut kepada jumlah semasa kes Covid-19, kerajaan negeri menyediakan sebanyak 1,500 katil dan jumlah itu boleh ditingkatkan sehingga 11,800 katil jika keadaan memerlukan.

Neliau menambah, pusat kuarantin itu adalah PKRC awam pertama yang hanya menempatkan rakyat Melaka dan pekerja di negeri ini.

“Sebelum ini kita juga mempunyai PKRC lain seperti Pusat Koreksional Jasin, Depot Tahanan Machap Umboo di Alor Gajah, Penjara Sungai Udang dan Sekolah Hendry Gurney di Telok Mas.

“Bagaimanapun, PKRC MITC ini dikhususkan untuk rakyat Melaka dan pekerja warga asing yang berdaftar bekerja di sini,” jelasnya.

PKRC MITC diuruskan oleh 400 petugas setiap hari termasuk 200 kakitangan perubatan manakala 200 lagi adalah petugas sokongan, keselamatan dan lain lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here