
GAZA CITY – Rejim Zionis sebentar tadi telah memusnahkan sebuah bangunan yang menempatkan pihak media antarabangsa di Gaza City.
Menurut sumber keselamatan, Menara Jalaa yang menempatkan ibu pejabat agensi Associated Press (AP), Agence France-Presse (AFP) dan al-Jazeera runtuh setelah dihentam dengan bom sebanyak 3 kali.
Sumber tersebut turut menyebut, penghuni bangunan tersebut diberi amaran untuk mengosongkan bangunan, sejam sebelum ia dibom.

Sementara itu, pihak tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, bangunan itu dimusnahkan kerana dijadikan sebagai gudang senjata pihak Hamas.