Villarreal muncul juara Liga Europa, MU kecewa lagi

0
73
Villarreal menjulang piala Liga Europa selepas mengalahkan Manchester United di pentas final awal pagi tadi

GDANSK- Villarreal muncul juara Liga Europa selepas menewaskan Manchester United dalam aksi final awal pagi tadi.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa sebenar.

Aksi sepakan penalti panjang menyaksikan Villareal muncul juara selepas penjaga gol United, David De Gea gagal menyempurnakan sepakan terakhir

Aksi sebenar perlawanan berakhir dengan keputusan terikat 1-1 pada selepas 120 minit perlawanan berlangsung.

Villarreal yang kali pertama menjulang kejuaraan utama Eropah berada di depan melalui jaringan Gerard Moreno selepas 29 minit perlawanan berlangsung.

Bagaimanapun, Edinson Cavani berjaya menyamakan kedudukan melalui gol pada separuh masa kedua. 

Akhirnya dalam penentuan penalti Villarreal berjaya mencatat kemenangan 11-10 sekali gus menyaksikan Ole Gunnar Solskjaer masih lagi kempunan trofi sejak menjadi pengurus United.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here