Wajib pakai ‘face mask’ walaupun pakai niqab

0
155
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohd Said Ibrahim, berkata polis membuka kertas siasatan terhadap usahawan dan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor yang mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan.

CYBERJAYA-  Pemakaian niqab atau pelindung muka tanpa pelitup hidung dan mulut adalah satu kesalahan di bawah Akta 342.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelitup muka wajib dipakai ketika berada ditempat awam walaupun seseorang itu memakai niqab.

Ismail Sabri berkata, pemakaian niqab dan alat perlindungan muka bukan alasan untuk seseorang itu tidak memakai pelitup muka.

“Jika pakai alat perlindungan muka dan niqab tetapi tidak memakai pelitup muka, ia tetap salah di bawah Akta 342.

“Kalau untuk tambah, boleh pakai alat perlindungan muka dan niqab,” katanya dalam sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohd Said Ibrahim, berkata polis membuka kertas siasatan terhadap usahawan dan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor yang mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka susulan berita di laman sesawang sebuah portal yang tular memaparkan Neelofa tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, kelmarin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here