Walid Allam buka peluang untuk jadi ejen dan pengedar produk dari Timur Tengah

0
307
Pengarah Urusan Walid Allam Sdn. Bhd, Hurasheah Hamzah bersama barisan pekerja di kedainya di Al Waleed Mart.

GOMBAK – Syarikat pengimport produk makanan dari Timur Tengah, Walid Allam Sdn. Bhd. mempelawa mana-mana individu yang berminat untuk menjadi ejen atau pengedar produk berkenaan di Malaysia.

Pengarah Urusan Walid Allam Sdn. Bhd, Hurasheah Hamzah berkata, peluang tersebut dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah pendapatan termasuk suri rumah.

Hurasheah berkata, dengan permulaan modal serendah RM500 sahaja, ejan atau pengedar akan dibekalkan dengan pelbagai jenis produk makanan dan minuman dari Timur Tengah yang diinginkan.

Walid Allam Sdn. Bhd. membawa masuk pelbagai produk makanan an minuman dari Timur Tengah

“Ejen atau pengedar, harga yang kami berikan kepada anda sangat murah dan boleh membuat keuntungan kerana kami mengimport secara terus dari negara-negara Timur Tengah tanpa orang perantaraan.

“Untuk pasaran, anda tidak perlu risau kerana permintaan produk Timur Tengah sangat tinggi di Malaysia, bukan sahaja komuniti Arab di Malaysia malah, orang tempatan juga semakin meminatinya.

Walid Allam pelopor pengimportan produk Timur Tengah

“Mereka yang berminat untuk menjadi ejen atau pengedar produk yang diimport oleh Walid Allam Sdn. Bhd. boleh menghubungi 011-61861086 untuk maklumat lanjut,” katanya kepada Malakat Tribune baru-baru ini.

Antara barangan yang diimport oleh Walid Allam Sdn. Bhd. ialah Keju, Beans, kurma, juice, halwa, molasses, tahini, olive oil, olive pickles, beans, kurma, madu dari Mesir, Arab Saudi, Turki dan UAE.

Pengarah Urusan Walid Allam Sdn. Bhd, Hurasheah Hamzah memeriksa stok barangan yang baru sampai di Al Waleed Mart.

Sementara itu, mengulas bagaimana tertubuhnya syarikat Walid Allam Sdn. Bhd., Hurasheah berkata, syarikatnya itu mula ditubuhkan pada tahun 2006.

“Tertubuhnya syarikat ini pada ketika itu untuk memenuhi permintaan keperluan barangan makanan dari Arab oleh pelajar pelajar dan Pensyarah dari Timur Tengah yang bekerja atau belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Pada ketika itu, tidak ramai yang berkecimpung untuk mengimport barangan dari Timur Tengah dan Syarikat kami salah satu ‘pionner’ dalam industri mengimport barangan dari Timur Tengah ini,” katanya.

Pengarah Urusan Walid Allam Sdn. Bhd, Hurasheah Hamzah sentiasa mengadakan perbincangan bersama kakitangannya untuk melancarkan urusan perniagaan.

Sementara itu katanya, Walid Allam Sdn. Bhd merupakan ejen tunggal bagi beberapa jenama produk makanan ternama dari Arab Saudi dan kini membawa masuk kira-kira lapan kontena produk setiap tahun untuk dipasarkan di lebih 20 pasar raya di negara ini.

“Alhamdulilah pada ketika ini kami adalah salah satu pengimport sah barangan keju dari Timur Tengah dengan kelulusan pihak kerajaan Malaysia untuk menyediakan alternatif barangan keju kepada pengguna serta memberi ruang kepada penduduk Timur Tengah untuk mendapatkan keju mengikuti citrasa mereka.

“Produk yang dibawa masuk mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengguna malah, ketika ini kami adalah pembekal kepada beberapa Hypermarket di sekitar Kuala Lumpur seperti Malakat Mall, Lulu Hypermarket, Sogo, NSK, Jaya Grocer dan Hock Choon.

Antara barangan di Al Waleed Mart

“Kami juga antara pembekal kepada kedai kedai Arab di sekitar Lembah Klang.
Secara keseluruhannya, pengguna Muslim sangat menyukai produk yang dibawa masuk ke Malaysia terutamanya bagi produk keju.

“Antara barangan yang mendapat permintaan tinggi ialah Keju Feta, Cream Cheese, Cheddar Cheese, barangan dari jenama Halwani serta produk kekacang dari Jenama California Beans,” katanya.

Dalam pada itu katanya, bagi pelanggan yang ingin mendapatkan barangan makanan dari Timur Tengah boleh terus datang ke kedainya di Jalan Jernai, Medan Idaman Business Centre atau boleh membuat pembelian secara dalam talian di link Shopee Alwaleed Mart.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here