Wanita beri anak 2 tahun isap vape dikesan polis

0
194

KUALA LUMPUR -Tindakan seorang wanita memuat naik rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai anaknya menghisap vape mengundang padah apabila dia kini dijejak polis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, polis sedang mengesan wanita berkenaan selepas ia tular di media sosial.

Sinar Harian hari ini melaporkan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Dalam rakaman tersebut, seorang kanak-kanak dipercayai berusia kira-kira 2 tahun dilihat menghisap rokok elektronik atau vape di bawah paksaan individu dewasa.

Video berdurasi 12 saat itu yang dipercayai mula dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @pedoqpop yang diambil dari akaun Instagram ibunya.

Selepas menerima kecaman nitizen, wanita kepada kanak-kanak berkenaan tampil memohon maaf dan meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan video berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here