Wanita terkejut jadi mangsa ragut suami sendiri

0
1159
Gambar hiasan.

SULAWESI – Seorang wanita menjadi mangsa ragut oleh suami sendiri dalam kejadian di Jalan Sultan Hasanudin, Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan, baru-baru ini.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bulukumba, AKP Bayu Wicaksono Febrianto berkata, pihak berkuasa berjaya menahan suspek iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun selepas 9 hari kejadian berlaku atas kesalahan merompak dan melakukan kekerasan.

Dalam kejadian itu katanya, suspek yang dengan niat meragut telah menunggu mangsa dan bertindak menarik rambut mangsa dan merampas telefon bimbit.

“Suspek dipercayai telah mengikuti mangsa iaitu isterinya yang menunggang motosikal berwarna hitam dan menghadang laluannya.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan mangsa adalah isteri kepada suspek. Kami telah membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Bulukumba untuk siasatan lanjut,” katanya.

Bayu berkata, motif sebenar kejadian dipercayai bermotifkan dendam dan rasa tidak puas hati selepas suspek ditinggalkan isterinya.

“Dia kesal kerana isterinya sudah tidak mahu lagi tinggal bersamanya di Kabupaten Sinjai dan hubungan mereka juga sudah tidak baik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here