Warden penjara sokong keganasan rejim Zionis ditahan polis

0
690
Suspek lelaki itu ditahan polis hari ini selepas video dimuatnaiknya tular sejak semalam

MELAKA – Gara-gara memuatnaik video kontroversi dengan menyokong rejim Zionis menerusi aplikasi TikTok, seorang penjawat awam lelaki berusia 31 tahun ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pukul 11.13 pagi semalam sebelum lelaki itu dipanggil untuk direkodkan keterangan, beberapa jam kemudian.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati, suspek telah memuat naik satu video di aplikasi berkenaan dengan nama pengguna @pahlawan90, yang menyatakan sokongan terhadap Israel.

“Video tular tersebut telah menimbulkan reaksi negatif daripada masyarakat, kerana dilihat menyentuh sensitiviti agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam tular video berdurasi hampir seminit yang mana suspek bukan sahaja menyokong Israel malah suka dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis itu.

Penularan video itu menimbulkan kemarahan orang awam selepas identiti lelaki itu terbongkar dan bertugas sebagai warden penjara di negeri ini.

Dalam pada itu, Afzanizar berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan didapati suspek memuat naik video tersebut ketika di bawah pengaruh dadah.

Suspek kini direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan berasingan mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatang khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis menyeru kepada orang awam supaya menggunakan paltform media sosial dengan bertanggungjawab, dengan mengelakkan membuat kenyataan yang menyentuh sesnsitiviti mana-mana agama dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here