Wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel

0
87
Yusef Abu Husein

GAZA – Sebelum pengumuman gencatan senjata yang menandakan kekalahan Israel dalam pertempuran melawan Hamas hari ini, dunia dikejutkan dengan kematian wartawan Palestin, Yusef Abu Husein yang terbunuh dalam serangan regim Israel.

Yusef yang merupakan penyiar stesen radio Voice of Al-Aqsa, dilaporkan maut di rumahnya di Sheikh Radwan yang merupakan kawasan terkepung dengan serangan udara Zionis.

Bapa mangsa, Muhammad Abu Hussein berkata, anaknya tidak berjaya keluar daripada kediaman selepas menerima serangan kencang dari Israel.

“Hanya kami yang berjaya keluar tetapi anak lelaki kami Yusef terbunuh dalam serangan itu,” katanya memetik laporan Al-Jazeera.

Kejadin itu berlaku beberapa hari selepas serangan udara yang meruntuhkan bangunan pangsapuri menempatkan pelbagai agensi berita antarabangsa termasuk al-Jazeera dan The Associated Press (AP).

Stesen radio Voice of Al-Aqsa dalam satu kenyataan mengesahkan mereka kehilangan ‘anak lelaki dan pekerja yang baik’.

Kematian kakitangan yang cukup dedikasi dalam kerjaya itu disifatkan kehilangan besar dalam dunia kewartawanan Palestin.

“Ia juga bukti kekejaman Israel yang bukan sahaja mensasarkan penduduk awam tetapi juga pengamal media.

“Voice of Al-Aqsa akan terus menjadi landasan dan menjadi suara kepada pejuang Palestin sehingga seluruh rakyat di negara ini mendapat hak mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here