WhatApps sekat akaun wartawan Palestin

0
95
Salah seorang wartawan Al-Jazeera yang mendakwa akaun WhatApps miliknya disekat oleh pengendali servis itu.

Associated Press (AP) melaporkan, sekurang-kurang 17 wartawan di Gaza mengesahkan akaun WhatApps mereka disekat selepas gencatan senjata pada Jumaat lalu.

GAZA – Aplikasi WhatsApp milik 17 wartawan Palestin dilaporkan disekat oleh pengendali perkhidmatan mesej percuma yang dimiliki oleh Facebook bagi menghalang komunikasi dengan dunia luar.

Antara yang terlibat termasuk ketua wartawan Al-Jazeera, Wael al-Dahdouh dan wartawan, Hisham Zaqqout.

Menjelang tengah hari Isnin, hanya empat wartawan yang bekerja untuk Al Jazeera mengesahkan akaun mereka telah dipulihkan.

Sebanyak 2 daripada 17 wartawan yang dihubungi oleh AP mengakui mereka ada menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan operasi ketenteraan Pejuang Hamas.

Al-Dahdouh memberitahu, aksesnya ke WhatsApp disekat sekitar subuh pada hari Jumaat sebelum dibuka semula pada hari Isnin.

Zaqqout, rakan sekerja al-Dahdouh, menyifatkan sekatan itu ‘mengejutkan dan tidak berasas’ kerana mereka tidak melanggar dasar kandungan dan syarat penggunaan.

Zaqqout juga mengatakan, dia telah menerima banyak amaran daripada Facebook bahawa akaunnya mungkin di hapuskan atas dakwaan melanggar syarat penggunaan.

Akaun WhatsApp mereka disekat selama tiga hari sebelum diaktifkan kembali pada hari Isnin, setelah pengurusan saluran di Qatar berkomunikasi dengan pentadbiran WhatsApp di Amerika Syarikat.

“Saya kehilangan maklumat, gambar, nombor, mesej dan komunikasi,” kata al-Dahdouh.

Dalam satu laporan terbaharu, 500 kes direkodkan membabitkan hak digital penduduk Palestin dicabul antara 6 Mei hingga 19 Mei.

“Kandungan dan akaun dipadamkan, dikurangkan atau dihadkan, tanda pagar (hashtag) disembunyikan, dan kandungan arkib dihapuskan,” menurut laporan itu.

Terdahulu, pejabat Al-Jazeera di Gaza yang juga menempatkan pejabat Associated Press musnah dalam serangan udara negara haram Israel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here