WHO luluskan vaksin keluaran Moderna

0
98

GENEVA – Vaksin keluaran Moderna menjadi vaksin kelima yang diluluskan penggunaannya oleh Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) bagi melawan penularan Covid-19.

Kata WHO, kelulusan ini adalah bagi membantu negara-negara anggotanya mempercepatkan proses regulasi dalaman mereka dalaman meluluskan penggunaan vaksin tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah WHO, Mariangela Simao berkata kepada Reuters, berdasarkan situasi semasa, perlu ada vaksin keluaran firma lain di pasaran bagi mengatasi isu kekurangan bekalan vaksin daripada firma yang telah diberi kebenaran lebih awal.

Firma Moderna baru-baru ini mengumumkan pembesaran operasi pengeluarannya bagi menghasilkan hingga 3 bilion dos pada 2022.

Vaksin keluaran firma ini diperbuat menggunakan teknologi mRNA, sama seperti vaksin keluaran Pfizer /BioNTechyang telah diluluskan lebih awal.

Buat masa ini, WHO sedang meneliti laporan keputusan ujian dua vaksin keluaran Sinopharm dan Sinovac dari China, dengan keputusan dijangka akan diumumkan pada hujung minggu hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here