Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sediakan bubur lambuk untuk barisan hadapan

0
106
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mengacau bubur lambuk untuk barisan hadapan

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) hari ini.

Menurut kenyataan Istana Negara di laman sosial Facebook, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan mencemar duli berangkat ke program berkenaan.

“Program ini turut melibatkan pegawai dan kakitangan Istana Negara yang diadakan di pekarangan surau utama Istana Negara.

“Masakan bubur sentuhan air tangan baginda berdua akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Turut berangkat ke program tersebut ialah Tengku Puteri Raja, Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here