Youtuber kritik kerajaan ditahan polis

0
5967
Apit Wan Lebor yang popular dengan ulasan dan kritikan sosial di laman Youtube.

CYBERJAYA – Youtuber yang popular dengan nama Apit Wan Lebor ditahan polis berhubung kenyataannya mengkritik kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama selepas ditahan.

“Dia datang ke balai polis Batu Gajah untuk diambil keterangan. Kami membebaskannya dengan jaminan polis di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

“Dia menghasilkan klip video dan mengucapkan kata-kata cabul. Dia juga mengkritik pemerintah,”katanya kepada pemberita di Plaza Toll Jelapang hari ini.

Beberapa hari lalu, Apit wan Lebor memuat naik klip video berdurasi 4 minit 16 saat bertajuk Perutusan PKP Kome melalui laman Facebooknya.

Di dalam video berkenaan, dia mengkritik pelaksanaan PKP yang dianggap lemah dan tidak serius seperti PKP pertama.

Dalam video itu juga, Apit Wan Lebor mengkritik Perdana Menteri dan pada masa yang sama, mengucapkan kata-kata tidak senonoh.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan; Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk menguatkuasakan PKP di seluruh negara, berkuat kuasa esok hingga 7 Jun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here