Zero Hunger Malakat Eco agih 2,500 pek makanan

0
69
Sukarelawan Zero Hunger menyampaikan pek makanan bermasa kepada wakil penerima.

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco melalui Projek Zero Hunger meneruskan misi bantuan makanan kepada mereka yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Lembah Klang.

Pada pengagihan hari ke-8, Jumaat lalu, Projek Zero Hunger yang digerakkan oleh kakitangan Malakat Mall Cyberjaya di sini telah mengedar sebanyak 2,500 pek makanan bermasak.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari berkata, bantuan berupa makanan bermasak itu disasarkan kepada dua kelompok utama iaitu petugas barisan hadapan dan penduduk di kawasan PKPD.

“Bagi fontliners, sumbangan kali ini diagihkan kepada anggota polis di balai-balai dalam Parlimen Batu, petugas sekatan jalan raya dan petugas di kawasan PKPD Kampung Batu Muda.

“Bantuan juga diagihkan kepada penduduk di kawasan kuarantin antaranya Kampung Batu Muda, Kampung Sri Batu, PPR Batu Muda, pengawal keselamatan sekolah dan premis kerajaan,” katanya.

Abdul Aziz Juhari
Penyediaan pek makanan oleh kakitangan Malakat Food Sdn Bhd.

Selain itu Abdul Aziz berkata, pek makanan turut diberikan kepada golongan riders yang membuat penghantaran di kawasan-kawasan agihan.

“Seperti program-program tahun lalu, kami harap sumbangan ini dapat mengurangkan beban mereka yang terkesan daripada PKP.

“Kami juga mahu menyantuni frontliners yang bertugas untuk menghargai mereka dalam memikul tanggungjawab dan tugas setiap hari,” katanya.

Sementara itu Abdul Aziz berkata, berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau total lockdown yang bermula pada Selasa ini, pihaknya akan meneruskan bantuan kepada golongan secara bersasar bermula minggu depan.

“Kami akan mengumpul data dan maklumat daripada program kami yang lalu untuk mengesan golongan penerima yang boleh dibantu.

“Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai menerusi tabung kebajikan yang kami anjurkan, dapatlah kita membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan dan penerima kami yang yang menjalankan amanah,” katanya.

Bantuan di kawasan PKPD.

Tambahnya, bantuan melalui Porgram Zero Hunger yang diadakan sepanjang tahun mensasarkan penerima daripada golongan B40, anak-anak yatim, pelajar sekolah tahfiz, asnaf dan ahli kariah masjid.

Pek bantuan berupa barangan-barangan keperluan harian termasuk beras, gula, minyak masak, susu, biskut, bihun, sabun dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menyeru orang ramai untuk sama-sama menyertai misi bantuan kemanusiaan itu dengan menderma di https://sadaqahmarket.com/product/bantuan-zero-hunger-covid-19-3/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here