Ziarah Aidilfitri di pusat beli belah dikhuatiri cetus jangkitan baharu Covid-19

0
78
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Tindakan orang ramai yang meraikan Aidilfitri bersama meluarga pusat beli belah ketika dikhuatiri akan mendatangkan risiko kewujudan jangkitan baharu Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, terdapat segelintir individu yang dikesan melakukan ziarah Aidilfitri di pusat beli belah selepas larangan aktiviti ziarah ke rumah.

“PKP diumumkan bermula 12 Mei hingga 7 Jun untuk menghalang jangkitan terus berlaku, dengan menyekat aktiviti rentas daerah dan negeri, aktiviti sosial, makanan di restoran, menggalakkan bekerja di rumah dan melarang ziarah di rumah (pada Aidilfitri).

“Namun, isu ketara yang kita kesan ialah apabila kita tak benarkan berhimpun di rumah, ramai ambil kesempatan untuk bertemu di pusat beli-belah yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

“Ini berisiko mencetuskan krisis jika jangkitan COVID-19 berlaku di pusat beli-belah dalam negara.

“Kita ada kebimbangan yang tinggi berlakunya pertambahan kes akibat pertemuan ahli keluarga pada Hari Raya antara 13 hingga 15 Mei lalu di pusat beli-belah,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here