1,000 kotak makanan untuk warga Sepang

0
120
Bakul Prihatin Sepang PKP 3.0

CYBERJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyumbangkan 1,000 kotak makanan asas dalam program Bakul Prihatin Sepang PKP 3.0.

Bagi menjayakan program berkenaan, Malakat Mall dipilih sebagai pembekal makanan asas untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan di kawasan Parlimen Sepang.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Salam Zulkarnain berkata, setiap kotak berisi 10 jenis barangan keperluan seperti beras, gula, gandum, minyak masak, sardin dan lain-lain.

Salam berkata, pihaknya bertangungjawab untuk menyediakan kotak makanan dan pihak pengurusan Parlimen Sepang akan mengambilnya untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Petugas Malakat Mall sibuk memasukkan makanan dalam setiap kotak

“Malakat Mall menyediakan barangan dan pihak pengurusan Parlimen Sepang akan agihkan, setiap kotak dianggarkan bernilai RM40. Proses agihan dijangka selesai dalam masa lima hari.

“Selain barangan keperluan asas, turut dimasukkan ke dalam kotak makanan berkenaan ialkah pelitup muka yang disumbangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Menurut Salam, barangan makanan asas yang disediakan di dalam kotak itu rata-ratanya produk usahawan Muslim yang terdapat di Malakat Grocer di Malakat Mall.

Proses menyediakan kotak makanan untuk Parlimen Sepang

Dalam pada itu, Salam berkata, beliau melihat kerjasama berkenaan sebagai permulaan untuk banyak lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Sekarang dengan Parlimen Sepang dan selepas ini, kemungkinan kita akan bekerjasama dengan kawasan Parlimen yang lain untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here