145,580 guru telah divaksin dos pertama

0
31
Gambar- Facebook Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin

CYBERJAYA- Sebanyak 145,580 di guru seluruh negara telah menerima vaksin dos pertama, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Radzi berkata, jumlah guru menerima vaksin akan meningkat selepas ini terutamanya melibatkan guru-guru yang mengendalikan peperiksaan.

“Proses ini (suntikan vaksin) berterusan. Kita amat berharap guru-guru yang masih belum mendaftar agar terus mendaftar,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, Radzi turut menyeru kepada guru yang telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin mereka berdasarkan janji temu yang ditetapkan.

“Apabila dipanggil, jangan tidak pergi. Mesti pergi supaya. Maka, apabila keputusan membuka sekolah (dibuat), sebahagian besar guru (sudah) divaksinasi,” katanya.

Mengulas mengenai vaksinasi ke atas murid pula, jelas Radzi, beliau akan berbincang dengan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, sama ada perlu melaksanakan kaedah tertentu termasuk pemberian vaksin di sekolah.

“Urusan vaksinasi dibawah CITF. Kita akan berbincang tentang kaedah yang boleh dilaksanakan di sekolah dan ia perlu penelitian lebih mendalam.

“Kami di kementerian melihat isu bekalan (vaksin). Memang kalau boleh semua nak divaksinasi segera tapi bekalan yang kita dapat belum ikut jadual yang ditetapkan oleh pembekal. 

“Maka kita di kementerian memohon dalam konteks murid perlu didahulukan adalah murid kelas peperiksaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here