15 jemaah masjid meninggal di Kedah akibat Covid-19

0
236
Prosedur ketat untuk mengebumikan mayat pesakit Covid-19

KEDAH – Sebanyak 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri di Jitra meninggal dunia dalam tempoh dua minggu akibat jangkitan pandemik Covid-19.

Perkara berkenaan disahkan oleh Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Mohd Hayati Othman dalam satu laporan semalam.

Mohd Hayati berkata, kematian berlaku selepas terdapat penularan wabak dalam kalangan jemaah pada Mei lalu.

“Ya hingga hari ini (semalam) sudah 15 orang meninggal dunia, maklumat ini saya perolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

“Virus ini merebak sejak tercetusnya kluster di Taman Mahsuri yang turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 18 Mei sehingga 31 Mei lalu,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Pada 18 Mei, sembilan lokaliti di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah Jitra, Kedah dikenakan PKPD selama 14 hari.

Ia membabitkan Taman Mahsuri 2A, Taman Mahsuri 2B, Taman Mahsuri 2C, Pusat Perniagaan Bandar Barat, Kampung Paya Kerchut, Taman Tunku Anum, Kampung Lubuk Kawah, Taman Desa Tanjung, Taman Desa Darul Aman, mukim Naga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here