152 individu ditahan terlibat dalam pertaruhan EURO 2020

0
30

CYBERJAYA – Sebanyak 152 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam catit taruh haram sempena kejohanan EURO 2020.

Kesemua mereka ditahan dalam Operasi Soga VIII sejak 10 Jun  hingga 21 Jun lalu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata dalam tempoh itu juga polis merampas wang hasil pertaruhan.

“Sebanyak RM115,132 dirampas dengan had kredit pertaruhan berjumlah RM11,645, 227 daripada rekod pertaruhan individu dan sindiket tertentu.

“Fokus utama operasi ini adalah untuk mencegah dan membanteras kegiatan itu dan individu bertindak sebagai bookie/punter serta tempat yang menjalankan pertaruhan judi bola sepak EURO 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata, turut dirampas ialah pelbagai peralatan antaranya peranti elektronik yang digunakan untuk aktiviti catit taruh haram seperti 24 set komputer; 11 unit komputer riba; 166 unit telefon bimbit; dan sembilan keping jadual perlawanan EURO 2020.

Abd Jalil berkata, modus operandi kali ini agak berbeza dengan kebanyakan pertaruhan dibuat secara dalam talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dan seluruh JSJ kontinjen akan melipatgandakan usaha bagi memantau dan mencegah kegiatan catit taruh haram sempena EURO 2020.

“PDRM memohon agar orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membanteras kegiatan yang tidak bermoral ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here