180,000 pek agihan sejak PKP 1, Malakat Eco perluas misi kemanusian

0
38
Tuan Mohd. Fazli Rahim (kanan) bersama Abdul Aziz Juhari (dua dari kini) menyampaikan sumbangan kepada petugas PPV AS Universiti Malaya hari ini.

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco melalui kerjasama anak syarikatnya, Malakat Food Sdn. Bhd; Projek Zero Hunger dan Yayasan Brainy Bunch sehingga kini telah mengagihkan kira-kira 180,000 pek bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari berkata, agihan berjumlah kira-kira RM500,000 itu melibatkan sumbangan sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 sehingga PKP 3.0 dan di beberapa kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, sumbangan berupa barang keperluan harian, pek makanan bermasak dan peralatan keperluan dapur itu diharap dapat meringankan beban ditanggung keluarga penerima khususnya golongan asnaf.

Selain tersebut, sumbangan juga diberikan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang berkhidmat di kawasan PKPD, sekatan jalan raya dan beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Inisiatif misi kemanusiaan ini merupakan salah satu daripada program tanggungjawab sosial Malakat Eco untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik ini.

“Kita juga mahu menyantuni golongan frontliners yang gigih dalam menunaikan tanggungjawab dan tugas setiap hari,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program penyampaian pek makanan bermasak kepada petugas PPV AstraZeneca Universiti Malaya, di sini.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Projek Malakat Mall Tuan Mohd. Fazli Rahim.

Sebanyak 100 pek makanan bermasak diagihkan kepada petugas kesihatan, bukan kesihatan dan sukarelawan di pusat vaksin itu dan juga PPV MITEC di Kompleks Kerajaan Jalan Dutamas, Kuala Lumpur hari ini.

Orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin di PPV Universiti Malaya hari ini.

Abdul Aziz berkata, bermula dengan sumbangan barangan keperluan harian ke seluruh negara melalui program Zero Hunger sejak tahun lalu, kumpulan Malakat Eco memberi tumpuan bantuan di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, bagi memperluaskan bantuan, Abdul Aziz menyeru orang ramai yang terputus bekalan makan untuk datang ke mana-mana cawangan Malakat Grocer bagi mendapatkan bantuan.

“Sesiapa sahaja yang terputus bekalan makanan boleh datang ke mana-mana 8 cawangan Malakat Grocer sama ada di Cyberjaya, Taman Kosas, Pandan Mewah, Kota Warisan, Alam Damai, Denai Alam, Greenwood, Taman Putra Perdana dan di Masjid Tanah, Melaka,” katanya.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berucap ketika pembukaan Malakat Grocer di Alam Damai baru-baru ini
Penduduk di Putra Perdana, Puchong beratur mendapatkan sumbangan makanan oleh kumpulan Malakat Eco, baru-baru ini.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, syarikat akan meneruskan sumbangan melalui kerjasama dengan wakil komuniti, kariah masjid dan agensi-agensi yang terkaitan.

“Secara keseluruhan, sumbangan dari kumpulan Malakat Eco dan dana sumbangan awam di sadaqahmarket.com telah memberi manfaat kepada hampir 180,000 penerima,” katanya.

Antara kawasan yang terlibat dalam agihan bantuan itu sebelum ini adalah Puchong, Gombak, Kajang, Semenyih, Setapak dan Cheras.

“Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai menerusi tabung kebajikan yang kami gerakkan dapatlah kita membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Terima kasih kepada semua penyumbang dan dan penerima kami yang yang menjalankan amanah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here