24 wagon Tea Amo beroperasi selepas lockdown tamat

0
320
Program Wagon Tea Amo yang diperkenalkan kumpulan Malakat Eco untuk melahirkan lebih ramai usahawan melalui jualan produk berpotensi.

CYBERJAYA – Kelompok pertama 24 buah wagon Tea Amo Kumpulan Malakat Eco akan mula beroperasi di sekitar Lembah Klang sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berakhir.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari, pihaknya pada Isnin lalu telah menerima 8 buah wagon manakala 16 lagi dijangka tiba minggu depan.

Beliau berkata, program Usahawan Wagon Tea Amo yang dilancarkan pada Februari lalu mendapat penyertaan lebih daripada 200 usahawan.

“Kami sasar sekurang-kurangnya 50 wagon akan beroperasi pada peringkat pertama dan dianggarkan 150 wagon lagi akan beroperasi secara berperingkat-peringkat sehingga hujung tahun ini,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Abdul Aziz Juhari.

Menurut Abdul Aziz, antara lokasi wagon Tea Amo kelompok pertama adalah di Shell, Putrajaya; Shell Bandar Sri Permaisuri dan Shell Greenwood di Gombak.

Katanya, lima lagi lokasi adalah di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar Kuala Lumpur.

“Lokasi-lokasi terawal ini adalah hasil daripada kerjasama Malakat Eco dengan pihak Shell Malaysia dan Prasarana.

“Untuk operasi di stesen-stesen LRT, kami masih belum dapat mengumumkan lokasi sebenar,” katanya.

Abdul Aziz berkata, program usahawan wagon Tea Amo merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kumpulan Malakat Eco untuk membantu dan melahirkan usahawan.

“Semasa tempoh promosi, tawaran menyertai program ini dibuka pada harga RM50,000 untuk 40 peserta pertama.

“Bagaimanapun, program ini kini bernilai RM100,000,” katanya.

Tea Amo merupakan jenama tea boba yang sudah lama popular dan menjadi antara produk paling killer di rangkaian perniagaan Malakat Mall dan Malakat Grocer.

Tea Amo menawarkan kira-kira 40 jenis minuman antaranya ‘Taufa Brown Sugar Pearl’, ‘Taufa Royal Milk Tea’, ‘Mango Taufa’, ‘Mango strawberry’, ‘Chocolate Milk’, ‘Hazelnut Milk Tea’, dan ‘Rose Milk Taufa Brown Sugar’.

Abdul Aziz berkata, bersempena pelancaran wagon Tea Amo itu nanti, pihak turut menawarkan promosi “Beli 2, Percuma 1” yang sedang berjalan ketika ini.

Orang ramai di seluruh Lembah Klang boleh mendapatkan produk ini dengan membuat tempahan melalui Food Panda. -MT.

Antara menu ditawarkan di setiap wagon Tea Amo.
Wagon mudah alih yang beroperasi di Malakat Mall, Masjid Tanah, Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here