5,150 kes baharu Covid-19 hari ini

0
26
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 5,150 kes baharu positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penurunan sebanyak 269 kes berbanding hari sebelumnya itu menjadikan kes kumulatif negara ini berjumlah 673,026.

Katanya, Selangor kekal negeri dengan kes tertinggi iaitu 1,914 berbanding 1,996 kes pada hari sebelumnya.

Ia diikuti oleh Negeri Sembilan (607), Sarawak (570), Kuala Lumpur (480), Johor (392), Kelantan (230), Kedah (228), Sabah (184), Melaka (152) dan Labuan (101).

“Terdapat enam negeri dan wilayah melaporkan kes masing-masing di bawah 100.

“Ia adalah Pulau Pinang (99), Perak (66), Pahang (57), Terengganu (56), Perlis (lapan) dan Putrajaya (enam).

“Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 673,026,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here