5,419 kes baharu dilaporkan hari ini

0
19
Petugas kesihatan menggunakan Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) ketika melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap seorang penduduk warga emas Perumahan Awam Sri Sabah, Cheras. -foto/FaridJanudin

CYBERJAYA – Kes positif baharu Covid-19 kembali meningkat hari ini apabila sebanyak 5,419 kes dilaporkan berbanding 4,949 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia ketika ini ialah 667,876 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,996 kes dilaporkan diikuti Sarawak 718 kes dan Kuala Lumpur 650 kes.

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini, manakala hanya dua negeri mencatatkan kes satu digit iaitu Putrajaya dengan lima kes serta Perlis satu kes,” katanya di laman Facebook hari ini.

Berikut merupakan statistik mengikut negeri:

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,996 (218,477)

WPKL – 650 (68,369)

Sabah – 230 (66,546)

Johor – 366 (65,435)

Sarawak – 718 (56,905)

Negeri Sembilan – 396 (34,501)

Kelantan – 245 (32,512)

Pulau Pinang – 124 (32,448)

Perak – 68 (23,850)

Kedah – 252 (22,322)

Melaka – 155 (15,124)

Pahang – 32 (11,707)

Terengganu – 43 (10,696)

WP Labuan – 138 (6,293)

WP Putrajaya – 5 (2,131)

Perlis – 1 (560)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here