
CYBERJAYA – Sebanyak 5,586 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini sekaligus menjadikan kumulatif kes di Malaysia ketika ini ialah 734,048 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,212 kes.
“Diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 628 kes dan Sarawak sebanyak 513 kes. Seterusnya, Negeri Sembilan (501 kes), Melaka (380 kes) dan Johor (312 kes).
“Perak (229 kes), Sabah (190 kes), Pulau Pinang (138 kes), Kelantan (133 kes), Kedah (129 kes) dan Pahang (118 kes), Labuan pula (83 kes), Terengganu (16 kes), Putrajaya (empat kes),” katanya dalam laman Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu katanya, Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini.