
CYBERJAYA – Sebanyak 5,803 lagi jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 728,462.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak menjadi negeri dengan kes tertinggi.
“Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 2,108 kes disusuli Negeri Sembilan (741 kes) dan Kuala Lumpur (628 kes).
“Sarawak pula melaporkan sebanyak 491 kes diikuti Melaka (355 kes), Johor (329 kes) dan Pahang (220 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes baharu di Melaka, Pahang dan Johor hari ini juga mencatatkan peningkatan ketara berbanding semalam yang masing-masing melaporkan 223 kes (Melaka), Pahang (139 kes) dan Johor (196 kes).
Turut melaporkan peningkatan kes hari ini antaranya Perak dan Sabah.
Sementara itu, Perlis pula yang melaporkan sifar kes semalam kembali merekodkan pertambahan kes baharu dengan empat kes.
Di Terengganu, kes baharu semakin berkurang dengan 29 penularan dilaporkan berbanding 46 semalam.
Berikut pecahan kes mengikut negeri.
Sehingga 26 Jun 2021: Jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 5,803 kes (728,462 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,108 (239,415)
WPKL – 628 (74,595)
Johor – 329 (69,699)
Sabah – 189 (68,577)
Sarawak – 491 (63,311)
Negeri Sembilan – 741 (42,406)
Kelantan – 103 (34,287)
Pulau Pinang – 160 (34,023)
Perak – 137 (25,678)
Kedah – 186 (24,436)
Melaka – 355 (17,377)
Pahang – 220 (12,977)
Terengganu – 29 (11,121)
WP Labuan – 99 (7,729)
WP Putrajaya – 24 (2,247)
Perlis – 4 (584)